CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 24 November 2012

TAYAMMUM

1. Erti Tayammum ialah memyapukan debu tanah yang suci ke muka dan ke dua-dua belah tangan sehingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu.

2. Hukum Tayammum adalah wajib ketika ketiadaan air atau tidak boleh menggunakan air.

3. Rukun Tayammum :
  i . Niat.
  ii. Memindahkan debu ke tangan dengan menepukkan tapak tangan ke tanah yang berdebu.
  iii. Menyapu debu tanah ke muka dengan sekali tepukan.
  iv. Menyapu kedua-dua belah tangan dengan tepukan yang lain.
   v. Tertib.

4. Anggota Tayammum : i ) muka    ii ) Dua belah tangan sehingga siku.

5. Cara bertayammum adalah seperti berikut :
  1. Pastikan dengan yakin sudah masuk waktu solat.
  2. Pastikan memang tiada air setelah berusaha mendapatkannya.
  3. Dapatkan tanah berdebu yang bersih dan suci.
  4. Menyangkung dan kuis batu, kayu dan daun ditempat yang berdebu itu.
  5. Membaca bismillahhirrahmanirrahim.
  6. Tepukkan kedua-dua belah tangan ke tanah.
  7. Niat dan sapukan kedua-dua belah tapak tangan ke muka dari bahagian dahi sehingga ke bawah dagu.
  8. Tepukkan tangan ke tanah sekali lagi.
  9. Sapukan tangan kanan mulai dari sebelah belakang jari sehingga ke siku, kemudian sapu terus dari
      bahagian pelipat di lengan sehingga ke tapak tangan dan jari.
 10. Lakukan cara yang sama pada tangan kiri.

6. Sunat Tayammum
   1. Membaca "bismillah hirrahmanirrahim".
   2. Mengadap ke arah qiblat.
   3. Mendahulukan menyapu tangan kanan.
   4. Menipiskan debu tanah dengan menepukkan kedua belah tangan.

7. Perkara yang membatalkan Tayammum.
   1. Semua perkara yang membatalkan wuduk.
   2. Mendapat air sebelum memulakan solat, jika tayammum sebab tiada air.
   3. Murtad.(keluar dari Islam)

8. Syarat Tayammum
   1. Masuk waktu solat.
   2. Mencari air terlebih dahulu.
   3. Debu yang suci, tidak berlumpur dan tidak bercampur kapur.
   4. Uzur atau air hanya cukup untuk keperluan makanan dan minum sahaja.

      Latihan aktiviti bertulis.

A  Tandakan ( / ) pada keterangan yang betul.

i  . Tayammum hanya untuk menggantikan wuduk sahaja.                   (        )
ii . Tayammum tidak mengankat hadas.                                              (        )
iii. Tayammum mengharuskan solat agar dapat ditunaikan.                  (        )
iv. Tayammum ada rukun dan syarat-syaratnya.                                 (        )

B  Letakkan nombor mengikut urutan bagi cara bertayammum dengan betul.

(  ) Niat.
(  ) Menyapu kedua belah tangan hingga ke siku.
(  ) Memindahkan debu ke anggota tayammum.
(  ) Menyapu debu tanah ke muka.
(  ) Tertib.

No comments:

Post a Comment