1. Soalan : Bolehkah orang lain (ahli keluarga) yang mahram mentayammumkan pesakit? Dan bagaimanakah caranya? Jawapan: Diharuskan dan caranya ialah sama seperti bertayammum untuk diri sendiri. Pesakit hendaklah berniat tayammum ketika memindahkan debu ke muka.
2 Soalan: Bolehkah bertayammum dengan cara menepuk tangan di meja atau di dinding dan di mana-mana tempat untuk bertayammum? Jawapan: Harus bertayammum jika terdapat tanah yang berdebu padanya.
3. Soalan : Apakah hukum mengelap anggota wudu’ dengan tujuan untuk bertayammum? Jawapan: Harus. 4. Soalan : Adakah wajib menyapu dengan air di atas balutan anggota wudu’ ketika hendak bertayammum ? Jawapan : Wajib jika tidak mendatangkan kemudharatan
5. Soalan : Bagaimanakah seorang berhadas besar hendak menunaikan solat, di mana ia disahkan oleh doktor tidak boleh terkena air ? Jawapan: Wajib ia bertayammum bagi menggantikan mandi hadas besar dengan niat mengharuskan fardhu sembahyang.
6. Soalan: Bagaimanakah caranya pesakit yang berhadas besar hendak mendirikan solat sedangkan salah satu anggota wudu’nya berbalut dan tidak boleh terkena air? Jawapan: Wajib mandi dan bertayammum bagi menggantikan anggota yang tidak boleh terkena air dan wajib menyapu dengan air ke atas pembalut.
7. Soalan: Adakah terangkat hadas besar dengan bertayammum sahaja disebabkan sakit? Adakah masih wajib mandi mengangkat hadas janabah setelah pesakit itu sihat? Jawapan: Terangkat hadas besar dengan bertayammum dan tidak lagi wajib mandi janabah apabila sihat .
8. Soalan: Adakah pesakit boleh mendirikan sembahyang jamak ? Jawapan: Harus pesakit tersebut menjamak solat taqdim atau ta’khir jika timbul masyaqqah ( kesulitan ) solat di waktunya .
9. Soalan Bilakah waktu bertayammum untuk mendirikan solat fardhu? Jawapan: Bertayammum hendaklah dilakukan setelah di yakini masuk waktu solat.
10. Soalan: Bolehkah pesakit mengambil wudu’ dengan cara mengelap anggota wudu’ menggunakan tuala yang basah? Jawapan: Tidak sah wudu’ kerana air tidak mengalir.
11. Soalan: Sahkah berwudu’ dengan merenjiskan air atau menggunakan “spray” pada anggota wudu’ ? Jawapan: Sah apabila air tersebut rata dan mengalir.
12. Soalan: Bolehkah orang yang bertayammum mendirikan solat jamak? Jawapan: Harus solat jamak dengan syarat 2 kali tayammum.
13. Soalan: Pada awal memindahkan tanah ke muka tidak berniat tayammum tetapi apabila hampir tangannya ke muka barulah dia berniat berkekalan sehingga sampai tangan kena muka. Sahkah tayammum? Jawapan: Maka sah pemindahan tersebut dan niat ketika itu.
14. Soalan Apakah sah bertayammum dalam keadaan terbuka aurat? Jawapan: Sah.
15. Soalan Pesakit yang berwudu’ dan bertayammum kemudian dia solat fardhu. Wajibkah pesakit memperbaharui wudu’ dan bertayammum sekiranya dia tidak berhadas kecil? Jawapan: Tidak wajib dia mengulangi wudu’ tetapi wajib mengulangi tayammum sahaja.
16. Soalan Bagaimana cara mandi wajib dan tayammum bagi anggota yang sakit? Jawapan: Boleh mandi dahulu kemudian bertayammum atau sebaliknya.
17. Soalan Adakah wajib tertib pada membasuh anggota wudu’ dan tayammum bagi menggantikan membasuh anggota yang sakit? Jawapan: Wajib tertib dalam erti kata tayammum perlu dilakukan ketika membasuh anggota yang berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment