Friday, 30 November 2012
KAEDAH SOLAT ORANG SAKIT/ UZUR
A. Kemudahan (Rukhsah)
Orang sakit dikehendaki mengerjakan solat mengikut apa cara yang termampu. Sekiranya tidak mampu berdiri bolehlah solat sambil duduk. Jika tidak mampu duduk maka hendaklah mengiring
di atas rusuk kanan/kiri dan menghadapkan dada dan mukanya ke arah kiblat. Jika tidak boleh mengiring maka hendaklah melentang dengan kakinya menghadap kiblat dan kepala diangkat sedikit. Dalam keadaan tidak mampu melakukan ruku’ dan sujud maka solatlah dengan isyarat kepala sahaja atau dengan mata apabila tidak mampu dengan kepala. Seterusnya dengan hati sahaja sekiranya tidak mampu dengan mata.
B. Dalil Rukhsah Solat.
Maksud Hadis:
Dari Imran bin Hashin (r.a) telah berkata Adalah aku menghidap buasir maka aku bertanya Rasulullah s.a.w. dari hal solat, maka berkata Rasulullah s.a.w. Solatlah dalam keadaan berdiri, maka jika kamu tidak mampu, hendaklah kamu duduk, jika kamu tidak mampu maka hendaklah kamu mengiring..
( Riwayat al Bukhari )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum..tahniah kerana hasilan blog yang menarik dan banyak info
ReplyDeleteBlog yang menarik..
ReplyDelete