CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 11 October 2012


SYARAT WAJIB SOLAT adalah 4 perkara:
1. Islam - wajib solat ke atas semua orang Islam
2. Baligh - bermaksud cukup umur, bukan cukup umur sambut harijadi. Tapi cukup umur mengikut syarak. Cukup umur bagi lelaki ialah ketika bermimpi dimalam hari dan keluar air mani. Baligh bagi perempuan pula apabila ia didatangi haid (period) mulai umur 9-15. dan ustazah ingatkan kepada murid perempuan bahawa jika sampai umur 15 tidak didatangi haid berjumpalah dengan doktor.
3. Berakal - wajib solat bagi mereka yang berakal waras, jika akal dah tak siuman tidak wajib atasnya solat
4. Suci dari Hadas - Suci dari Hadas Kecil dan Hadas Besar adapun hadas kecil sperti kentut, buang air kecil dan air besar. Sementara Hadas Besar pula seperti haid, nifas, wiladah, keluar mani. Jika berhadas besar perlulah mandi hadas besar(mandi wajib) dahulu barulah boleh solat.




Pengertian Solat



Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam. Allah s.w.t berfirman:“ Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman”
Solat Fardhu yang wajib didirikan ialah solat ima waktu sehari semalam. Solat Jumaat difardhukan kepada muslim pada setiap hari Jumaat. Solat amat penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih mengerjakan solat sebagaimana hadith Rasullah s.a.w iaitu:
“ Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur”

Sunday 7 October 2012

Lagu Tunaikan Solat

NIat Tayammum

Hikmah Tayammum


Hikmah disyariatkan tayammum


HIKMAH DISYARIATKAN BERTAYAMMUM:

1.Keringanan kepada umat islam yang uzur.
2.Membuktikan agama islam itu mudah dan ajarannya mampu dilaksanakan.
3.Menunjukkan pentingnya melaksanakan ibadah solat.
4.Mendidik diri supaya tidak bersikap takbur.

Thursday 4 October 2012

MARI BELAJAR TAYAMUM BERSAMA USTAZAH

Pengertian TAYAMUM

Menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangan hingga ke siku dengan niat


Rukun TAYAMUM

  1. Niat
  2. Menyapu debu ke muka
  3. Menyapu debu ke kedua-dua belah tangan hingga ke siku
  4. Tertib, iaitu mengikut turutan

Syarat-Syarat Sah TAYAMUM

  • Bertayamum apabila masuk waktu solat
  • Telah berusaha mendapatkan air atau tidak dapat menggunakan air
  • Menghilangkan najis sebelum melakukan tayamum
  • Menggunakan debu tanah yang suci, bukan yang mustakmal
  • Sekali bertayamum untuk satu solat fardu sahaja

Perkara-Perkara Yang Membatalkan TAYAMUM

  1. Melakukan perkara membatalkan wuduk
  2. Ada air sebelum solat
  3. Sembuh daripada sakit
  4. Habis waktu solat
  5. Murtad

Cara Bertayamum