CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 14 December 2012

DOA BELAJAR

ADAB BERJUAL BELI














Pengertian Berjual Beli

Jual beli adalah satu proses menjual dan membeli atau pertukaran barang mengikut nilai harga barangan oleh peniaga dengan pembeli mengikut syarat-syarat yang tertentu dan disertakan dengan akad.

Adab Berjual Beli

1.  Berterus terang tentang keadaan barang yang dijual.
2.  Ramah dan bermanis muka.
3.  Berpakaian kemas dan menutup aurat.
4.  Menjaga hati pelanggan.
5.  Sempurna sukatan dan timbangan.
6.  Barangan yang berkualiti.
7.  Berterimakasih setelah selesai urusan.
8.  Jujur.
9.  Melebihkan timbangan.
10.Tiada unsur riba.


Dalil-dalil harus dan halal jualbeli: 

1) Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
"Dan Allah s.w.t telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba." (Surah Al-Baqarah : ayat 275)

2) Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
" Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan batil melainkan dengan jalan jualbeli secara redha daripada engkau." (Surah An-Nisaa' : Ayat 29)

3) Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :-
"Sesungguhnya jualbeli itu adalah lahir dari redha-meredhai."
(Riwayat Ibnu Hibban)

 Hikmah diharuskan jualbeli :-

1. Allah s.w.t telah menjadikan sifat semulajadi manusia yang memerlukan pertukaran faedah harta di antara sesama manusia samada menerusi jualbeli, sewa-menyewa dan sebagainya.
2. Dengan adanya peraturan jualbeli ini maja akan terhindarlah kejadian rampas-merampas atau rompakan yang mana manusia ingin memiliki harta benda yang tiada padanya.
3. Berjualbeli adalah mengajar manusia supaya hidup bersatupadu dan hidup mengikut lunas undang-undang.

 Rukun jualbeli terbahagi kepada enam :- 

1. Penjual
2. Pembeli
3. Harga yang dibeli
4. Barang yang dijual
5. Sighah (lafaz penjual)
6. Qabul (lafaz pembeli)

 Syarat-syarat penjual dan pembeli :-

1. Baliqh dan berakal
2. Tidak bankrap atau bodoh
3. Tidak dipaksa
4. Beragama Islam
5. Merdeka
6. Bukan berurusan dengan Musuh Islam.

Syarat-syarat harga dan barang yang dijual:-

1. Barang-barang itu mestilah suci dan bersih.
2. barang itu kepunyaan penjual itu sendiri ayau wakil penjual
3. Menyerahkan barang kepada pembeli ketika melakukan akad jualbeli.
Sebagaimana sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :-
"Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullah s.a.w telah melarang dari menjual jualan secara tipu daya."
4. Penjual dan pembeli mesti tahu tentang jenis, kadar dan sifat barang yang dijual.

 Syarat-syarat Ijab (lafaz Penjual) dan Qabul (lafaz Pembeli)

1. Tidak diselangi oleh perkataan yang lain ketika akad jualbeli.
2. Tidak diselangi oleh diam yang lama di antar ijab dan Qabul
3. Bersamaan Ijab dan Qabul dari segi maknanya walaupun berlainan dari segi lafaznya.
4. Tidak boleh dihadkan waktunya.
5. Tidak boleh bertakliq.
8. Apabila tidak cukup rukun dan syaratnya maka jualbeli tersebut adalah tidak sah.
9. Syarat membeli kitab suci Al-Quran dan kitab Al-Hadith itu hendaklah ia beragama Islam.

 Beberapa persoalan yang melibatkan jualbeli :-

1. Tidak sah menjual binatang buas.
2. Tidak sah menjual sesuatu yang najis yang tidak dapat disucikan.
3. Tidak sah menjual harta benda yang telah digadaikan kepada orang lain melainkan dengan keizinan daripada orang yang memegang gadaian.





Thursday 13 December 2012

ADAB BERMAIN



1. Adab sebelum bermain.
     a) Bersalam-salaman.
     b) Memahami peraturan.
     c) Pilih tempat yang sesuai.
     d) Pastikan alat permainan selamat.

2. Adab semasa bermain.
     a) Menutup aurat.
     b) Bekerjasama.
     c) Mengawal emosi.
     d) Mempunyai semangat kesukanan.

 3. Adab selepas bermain.
     a) Menerima keputusan pengadil dengan hati yang terbuka.
     b) Tidak berdendam.
     c) Bermaaf-maafan.
     d) Menyimpan alat permainan.

ADAB BERJIRAN


1.Pengertian Jiran
Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah
kita sama ada di kanan, di kiri, di depan, di tingkat
atas,ditingkat bawah hingga 40 buah rumah di setiap
penjuru.

2.Dalil

Sabda Rasulullah SAW :
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ باِللهِ وَالْيَوْمَ الآخِر َِفلْيُكِْرمْ جَارَهُ   (متفق عليه)
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jirannya.”

3. Hak dan kewajipan seseorang terhadap jiran
     a) Jiran muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan.
           1. Sebagai seorang muslim.
           2. Sebagai seorang kerabat.
           3. Sebagai seorang jiran.
     b)  Jiran muslim yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan.
            1. Hak sebagai seorang muslim.
            2. Hak sebagai seorang jiran.
      c) Jiran bukan Islam - sebagai seorang jiran sahaja.

4. Hikmah memelihara adab berjiran.
            1. Kehidupan dipenuhi kedamaian dan keharmonian.
            2. Kehidupan bermasyarakat diberkati oleh Allah.
            3. Dapat bersatu ke arah kemajuan dan kehidupan lebih berkualiti.
            4. Sentiasa berasa selesa dan mendapat pembelaan.
             5. Kemungkaran dapat dibasmi dengan lebih mudah dan cepat.

5. Akibat tidak beradab kepada jiran
       1.  Kehidupan tidak tenang.
       2.  Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.
       3.      Terpinggir daripada masyarakat.
       4.      Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
       5.      Negara akan menjadi mundur dan kucar kacir.

6.Penghayatan
  a) Menghormati jiran dengan menunjukkan muka yang ceria dan sentiasa memberi salam apabila bertemu.
   b) Mengambil berat dan bertegur sapa dengan jiran.
   c) Memberikan sumbangan baik kepada jiran.
   d) Mempunyai semangat rela berkorban dan perihatin terhadap jiran.

Wednesday 12 December 2012

SIFAT ALLAH


ribut di port dickson


IRADAT (Allah Maha Berkehendak)

1. Allah bersifat Maha Berkehendak. Kehendak Allah tidak bergantung kepada sebarang bantuan atau pertolongan sesiapa.

2. Allah Maha Sempurna. Allah berrkehendak menghidup dan mematikan manusia. Allah berkehendak memberi balasan syurga dan neraka. Allah menjadikan bumi, laut, hujan, banjir, panas, kemarau , sejuk dan sebagainya.

3. Pengetahuan Allah Maha Luas dan Maha Tinggi. Apa jua yang dikehendakinya akan terjadi dengan mudah sahaja.

4. Manusia hanya mampu memenuhi kehendak sendiri yang amat terhad iaitu atas apa yang diberi oleh Allah sahaja. Manusia perlukan makanan, pakaian , tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya.