CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 13 December 2012

ADAB BERJIRAN


1.Pengertian Jiran
Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah
kita sama ada di kanan, di kiri, di depan, di tingkat
atas,ditingkat bawah hingga 40 buah rumah di setiap
penjuru.

2.Dalil

Sabda Rasulullah SAW :
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ باِللهِ وَالْيَوْمَ الآخِر َِفلْيُكِْرمْ جَارَهُ   (متفق عليه)
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jirannya.”

3. Hak dan kewajipan seseorang terhadap jiran
     a) Jiran muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan.
           1. Sebagai seorang muslim.
           2. Sebagai seorang kerabat.
           3. Sebagai seorang jiran.
     b)  Jiran muslim yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan.
            1. Hak sebagai seorang muslim.
            2. Hak sebagai seorang jiran.
      c) Jiran bukan Islam - sebagai seorang jiran sahaja.

4. Hikmah memelihara adab berjiran.
            1. Kehidupan dipenuhi kedamaian dan keharmonian.
            2. Kehidupan bermasyarakat diberkati oleh Allah.
            3. Dapat bersatu ke arah kemajuan dan kehidupan lebih berkualiti.
            4. Sentiasa berasa selesa dan mendapat pembelaan.
             5. Kemungkaran dapat dibasmi dengan lebih mudah dan cepat.

5. Akibat tidak beradab kepada jiran
       1.  Kehidupan tidak tenang.
       2.  Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.
       3.      Terpinggir daripada masyarakat.
       4.      Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
       5.      Negara akan menjadi mundur dan kucar kacir.

6.Penghayatan
  a) Menghormati jiran dengan menunjukkan muka yang ceria dan sentiasa memberi salam apabila bertemu.
   b) Mengambil berat dan bertegur sapa dengan jiran.
   c) Memberikan sumbangan baik kepada jiran.
   d) Mempunyai semangat rela berkorban dan perihatin terhadap jiran.

No comments:

Post a Comment