CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 11 October 2012


SYARAT WAJIB SOLAT adalah 4 perkara:
1. Islam - wajib solat ke atas semua orang Islam
2. Baligh - bermaksud cukup umur, bukan cukup umur sambut harijadi. Tapi cukup umur mengikut syarak. Cukup umur bagi lelaki ialah ketika bermimpi dimalam hari dan keluar air mani. Baligh bagi perempuan pula apabila ia didatangi haid (period) mulai umur 9-15. dan ustazah ingatkan kepada murid perempuan bahawa jika sampai umur 15 tidak didatangi haid berjumpalah dengan doktor.
3. Berakal - wajib solat bagi mereka yang berakal waras, jika akal dah tak siuman tidak wajib atasnya solat
4. Suci dari Hadas - Suci dari Hadas Kecil dan Hadas Besar adapun hadas kecil sperti kentut, buang air kecil dan air besar. Sementara Hadas Besar pula seperti haid, nifas, wiladah, keluar mani. Jika berhadas besar perlulah mandi hadas besar(mandi wajib) dahulu barulah boleh solat.




No comments:

Post a Comment