CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 30 November 2012

KAEDAH SOLAT ORANG SAKIT/ UZUR



A. Kemudahan (Rukhsah)

Orang sakit dikehendaki mengerjakan solat mengikut apa cara yang termampu. Sekiranya tidak mampu berdiri bolehlah solat sambil duduk. Jika tidak mampu duduk maka hendaklah mengiring
di atas rusuk kanan/kiri dan menghadapkan dada dan mukanya ke arah kiblat. Jika tidak boleh mengiring maka hendaklah melentang dengan kakinya menghadap kiblat dan kepala diangkat sedikit. Dalam keadaan tidak mampu melakukan ruku’ dan sujud maka solatlah dengan isyarat kepala sahaja atau dengan mata apabila tidak mampu dengan kepala. Seterusnya dengan hati sahaja sekiranya tidak mampu dengan mata.

B. Dalil Rukhsah Solat.

Maksud Hadis:
 Dari Imran bin Hashin (r.a) telah berkata Adalah aku menghidap buasir maka aku bertanya Rasulullah s.a.w. dari hal solat, maka berkata Rasulullah s.a.w. Solatlah dalam keadaan berdiri, maka jika kamu tidak mampu, hendaklah kamu duduk, jika kamu tidak mampu maka hendaklah kamu mengiring..
                                                                                                                           
                                                                                                                               ( Riwayat al Bukhari )

PERHATIAN



a. Bagi pesakit yang mukanya tidak boleh kena air.
    *Solat wajib diqada’ kerana muka adalah anggota tayammum
      yang tidak dapat disempurnakan.

b. Bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air.
    *Solat wajib diqada’ kerana tangan adalah anggota wudu’ dan
tayammum yang tidak dapat disempurnakan.

c. Bagi pesakit yang kepalanya tidak boleh kena air.
    *Solat tidak wajib diqada’ jika pembalutnya tidak meliputi had kepala yang memadai sapu .

d. Bagi pesakit yang kakinya berbalut atau tidak boleh kena air
    *Solat tidak wajib diqada’ jika pembalut itu tidak melebihi had yang diperlukan.

Thursday 29 November 2012

KAEDAH/CARA TAYAMMUM/BERWUDUK BAGI PESAKIT UNTUK MELAKUKAN SOLAT



Bagi pesakit yang tidak boleh bergerak disebabkan oleh kesakitan atau
rawatan dan tidak ada orang yang membantunya berwudu’ / bertayammum
maka mereka dikehendaki solat seperti biasa bagi menghormati waktu tanpa
wudu’ / tayammum dan tanpa mengadap kiblat mengikut kemampuan. Solatsolat
menghormati waktu wajib diqada’ secepat mungkin apabila sembuh
atau keadaan mengizinkan. Sekiranya mereka meninggal dunia dalam
keadaan belum sempat mengqada’nya maka mereka dikira sudah
melaksanakan kewajipan dan tidak berdosa.
Bagi pesakit-pesakit yang boleh bergerak atau dalam keadaan mengizinkan ,
mereka hendaklah berusaha berwudu’ / bertayammum. Cara berwudu’ /
bertayammum adalah seperti berikut:-

A. Bagi pesakit yang sebahagian mukanya tidak boleh kena
air.

Cara pertama:
a. Berniat mengambil wudu’ .
b. Membasuh muka yang sihat dan sapukan air di atas pembalut /
plaster.
c. Bertayammum bagi menggantikan tempat yang tidak boleh
kena air.
d. Membasuh tangan hingga ke siku, menyapu kepala dan
membasuh kaki.

Cara kedua:
i. Dimulakan dengan tayammum .
ii. Berwudu’ seperti biasa pada anggota yang sihat dan
menyapu air pada anggota wudu’ yang sakit.

B. Bagi pesakit yang keseluruhan mukanya tidak boleh kena
air dan debu.

Cara pertama:
i. Berniat bertayammum semasa mengangkat tangan
untuk menyapu debu ke anggota tangan.
ii. Menyapu tangan sehingga selesai.
Cara kedua :
iii. Berniat wudu’ semasa membasuh tangan.
iv. Membasuh tangan hingga siku.
v. Menyapu kepala.
vi. Membasuh kaki.

C. Bagi pesakit yang tangannya tidak boleh kena air.

Cara pertama
i . Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
ii. Membasuh tangan yang sihat dan disapu air di atas
tangan yang berbalut.
iii. Bertayammum.
iv. Menyambung wudu’ dengan menyapu air ke kepala.
v. Membasuh dua kaki.

Cara kedua:
i. Berniat mengambil wudu’ semasa membasuh muka.
ii. Bertayammum dengan menyapu debu ke muka dan
menyapu debu ke tangan hingga selesai.
iii. Menyambung wudu’ dengan membasuh tangan yang
sihat dan disapu air di atas tangan yang berbalut.
iv. Menyapu air ke kepala.
v. Membasuh kaki.

D. Bagi pesakit yang kepalanya berbalut.
i. Niat wudu’ terlebih dahulu ketika membasuh muka.
ii. Membasuh muka.
iii. Membasuh tangan.
iv. Jika tidak ada sedikit ruang kepala yang boleh disapu maka
hendaklah bertayammum.
v. Menyambung wudu’ dengan menyapu air di atas pembalut
kepala.
vi. Membasuh kaki.

E. Bagi pesakit yang kakinya berbalut atau tidak boleh kena
air

Cara pertama
i. Berniat wudu’ terlebih dahulu ketika membasuh muka.
ii. Membasuh tangan.
iii. Menyapu kepala .
iv. Bertayammum.
v. Menyambung wudu’ dengan membasuh kaki yang sihat dan
menyapu air di atas balutan kaki.

Cara kedua
i. Berniat wudu’ terlebih dahulu ketika membasuh muka.
ii. Membasuh tangan.
iii. Menyapu kepala .
iv. Membasuh kaki yang sihat dan menyapu air di atas balutan
     kaki.
v. Bertayammum.


Cara Bertayammum



i. Menepuk dua tapak tangan pada debu kali
pertama untuk menyapu muka.
ii. Berniat : Sahaja aku bertayammum kerana
mengharuskan fardu sembahyang kerana                                        
Allah Ta’ala .
Masa niat : Ketika mula memindahkan debu dan
sehingga menyentuh sebahagian muka.
iii. Menyapu muka.
iv. Selesai menyapu muka.
v. Menepuk dua tangan ke debu pada kali
kedua untuk menyapu tangan .(Sebelum
menepuk kedua tapak tangan kali kedua,
hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan
terlebih dahulu.dari debu tanah yang telah digunakan).
vi. Menyapu tangan kanan dari belakang tapak
tangan kanan dengan empat perut jari
tangan kiri dari hujung jari (selain ibu jari)
hingga naik ke siku.
vii. Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke
hujung ibu jari.
viii. Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan
dengan empat perut jari tangan kanan (selain
ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.
ix. Menyapu tangan kiri dari
siku hingga ke hujung ibu jari.

Wednesday 28 November 2012

Catatan / Peringatan





(a) Untuk menyapu tangan , wajib ditanggalkan cincin , jam tangan dan
gelang sekiranya debu tidak sampai di bawahnya. Jika sampai debu ,
maka sunat sahaja menanggalkannya.
(b) Sunat menipiskan debu tanah pada tapak tangan sebelum disapukan
ke anggota tayammum.

Bahan Untuk Tayammum



Debu tanah yang bersih ialah:

i. Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam.
Sekiranya bercampur pasir mesti mengandungi kandungan
debu.
ii. Tidak dikategorikan sebagai abu.
iii. Suci dan tidak bernajis.
iv. Tidak musta’mal.
v. Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak
berdebu.

Tidak boleh bertayammum dengan menepuk meja atau dinding
kerana tidak mengandungi debu tanah.

Dalil Perintah Tayammum



Kemudahan tayammum menunjukkan bahawa sembahyang lima
waktu sehari semalam wajib dikerjakan oleh setiap orang Islam
sekalipun mereka sedang sakit atau dalam ketiadaan air untuk
bersuci dari hadas kecil atau hadas besar.

Maksud Hadis :
Dari Huzaifah r.a, katanya : Rasulullah s.a.w
bersabda: …..dan (di antara keistimewaan yang
diberikan Allah Taala kepada kami ialah) dijadikan
bumi ini seluruhnya sebagai tempat sembahyang
untuk kami, dan tanahnya pula dijadikan untuk
kami sebagai alat untuk bersuci apabila kami tidak
mendapat air.
( Riwayat Muslim )

Hadis ini menyatakan sebahagian dari keistimewaan dan kemudahan beribadat
yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
dan umatnya berbanding dengan nabi-nabi terdahulu dan umat mereka masingmasing.

Saturday 24 November 2012

Kes-kes Tertentu Berkenaan Tayammum



Bila Tayammum Dan Wuduk Boleh Digabungkan

Ada ketikanya bila Tayammum dan wuduk boleh digabungkan untuk menyempurnakan pembersihan seseorang daripada hadas kecil. Umpamanya, seorang Muslim itu mengalami mudarat (seperti tangan disimen kerana patah) ataupun mempunyai tempat luka yang tidak boleh terkena air, dan sekiranya terkena air boleh menambahkan lagi mudarat, orang tersebut dibolehkan menyucikan bahagian dirinya yang sihat secara wuduk biasa. Bahagian wuduknya yang tidak boleh terkena air tadi boleh dibersihkan dengan cara tayammum sahaja.
Sekiranya bahagian kaki tidak boleh terkena air, wuduk bahagian itu juga digantikan dengan tayammum (di muka dan dua tangan).

[sunting]Bersolat Dengan Bertayammum Dan Kemudian Mendapati Air

Apabila seseorang itu memulakan solatnya setelah bertayammum dan di pertengahan dia mengerjakan solatnya, tiba-tiba bekalan ataupun sumber air kembali pulih, dia boleh meneruskan dan menghabiskan solatnya tanpa memberhentikan solatnya. Solat itu sah dan dia tidak perlu mengulangi solat tersebut.
Sekiranya seseorang itu menunaikan solat dengan hanya bertayammum kerana ketiadaan air, dan selepas itu meneruskan perjalanannya dan kemudiannya berjumpa air, solatyang ditunaikannya tadi dengan bertayammum tidak perlu diulangi lagi. Hal ini berdasarkan hadis dari Abu Sa'id Al-Khudri dia berkata, Ada dua orang laki-laki keluar dalam suatu safar (perjalanan). Kemudian tiba waktu solat sedang tidak ada air bersama keduanya. Lalu keduanya bertayammum dengan tanah yang suci sekaligus solat. Tak lama kemudian, keduanya menjumpai air, maka seorang mengulangi wuduk dan solatnya, sedangkan seorang lainnya tidak mengulangi. Keduanya kemudian datang kepada Rasulullah S.A.W. serta menceritakan halnya, lantas sabda Nabi kepada yang tidak mengulangi solat, "Engkau telah mengikut sunnah dan solat sudah cukup." Sedangkan sabda beliau kepada yang mengulangi solat, "Engkau mendapatkan dua pahala."

TAYAMMUM

1. Erti Tayammum ialah memyapukan debu tanah yang suci ke muka dan ke dua-dua belah tangan sehingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu.

2. Hukum Tayammum adalah wajib ketika ketiadaan air atau tidak boleh menggunakan air.

3. Rukun Tayammum :
  i . Niat.
  ii. Memindahkan debu ke tangan dengan menepukkan tapak tangan ke tanah yang berdebu.
  iii. Menyapu debu tanah ke muka dengan sekali tepukan.
  iv. Menyapu kedua-dua belah tangan dengan tepukan yang lain.
   v. Tertib.

4. Anggota Tayammum : i ) muka    ii ) Dua belah tangan sehingga siku.

5. Cara bertayammum adalah seperti berikut :
  1. Pastikan dengan yakin sudah masuk waktu solat.
  2. Pastikan memang tiada air setelah berusaha mendapatkannya.
  3. Dapatkan tanah berdebu yang bersih dan suci.
  4. Menyangkung dan kuis batu, kayu dan daun ditempat yang berdebu itu.
  5. Membaca bismillahhirrahmanirrahim.
  6. Tepukkan kedua-dua belah tangan ke tanah.
  7. Niat dan sapukan kedua-dua belah tapak tangan ke muka dari bahagian dahi sehingga ke bawah dagu.
  8. Tepukkan tangan ke tanah sekali lagi.
  9. Sapukan tangan kanan mulai dari sebelah belakang jari sehingga ke siku, kemudian sapu terus dari
      bahagian pelipat di lengan sehingga ke tapak tangan dan jari.
 10. Lakukan cara yang sama pada tangan kiri.

6. Sunat Tayammum
   1. Membaca "bismillah hirrahmanirrahim".
   2. Mengadap ke arah qiblat.
   3. Mendahulukan menyapu tangan kanan.
   4. Menipiskan debu tanah dengan menepukkan kedua belah tangan.

7. Perkara yang membatalkan Tayammum.
   1. Semua perkara yang membatalkan wuduk.
   2. Mendapat air sebelum memulakan solat, jika tayammum sebab tiada air.
   3. Murtad.(keluar dari Islam)

8. Syarat Tayammum
   1. Masuk waktu solat.
   2. Mencari air terlebih dahulu.
   3. Debu yang suci, tidak berlumpur dan tidak bercampur kapur.
   4. Uzur atau air hanya cukup untuk keperluan makanan dan minum sahaja.

      Latihan aktiviti bertulis.

A  Tandakan ( / ) pada keterangan yang betul.

i  . Tayammum hanya untuk menggantikan wuduk sahaja.                   (        )
ii . Tayammum tidak mengankat hadas.                                              (        )
iii. Tayammum mengharuskan solat agar dapat ditunaikan.                  (        )
iv. Tayammum ada rukun dan syarat-syaratnya.                                 (        )

B  Letakkan nombor mengikut urutan bagi cara bertayammum dengan betul.

(  ) Niat.
(  ) Menyapu kedua belah tangan hingga ke siku.
(  ) Memindahkan debu ke anggota tayammum.
(  ) Menyapu debu tanah ke muka.
(  ) Tertib.

Wednesday 21 November 2012

Aurat Dalam solat

Aurat Lelaki dalam Solat

Aurat orang lelaki yang wajib ditutup dalam solat ialah di antara pusat dengan lutut. Walau bagaimanapun eloklah solat dengan pakaian yang sempurna, bersih dan sopan.


Aurat Perempuan dalam Solat

Aurat perempuan yang wajib ditutup dalam solat ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua pergelangan tangannya. Ini bermakna kaki, anak rambut kepala dan kedua-dua cuping telinga wajib ditutup.

Soalan yang berkaitan dengan Tayammum.

JAWAB SEMUA SOALAN.

1. Apakah pengertian Tayammum?
Tayammum ialah ___________________________________________________
________________________________________________________________.

2. Berapakah rukun Tayammum? Tuliskan satu persatu mengikut urutan yang betul.
Jawapan ; ________.
i. _____________________
ii. _____________________
iii. _____________________
iv.______________________

3. Niat Tayammum ialah __________________________________________________.

4. Syarat untuk membolehkan tayammum ialah ____________________, ____________________,
     ________________________ dan _____________________________.

5. Tuliskan 2 daripada hikmah bertayammum.
i.__________________________________
ii.__________________________________